Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Koperal Salam Ingin Mati Syahid



Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah, Tawau.

Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

"Saya tanya dia kenapa. Dia kata Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.


sumber
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Ibu Kanak Kanak Tiga Tahun Mati Yang Mati Didera Ditahan Bantu Siasatan


KUALA TERENGGANU – Polis menahan ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan, dipercayai didera, di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, tangkapan itu dilakukan pada 4.30 petang iaitu sejurus selepas pengkebumian jenazah Putri Nur Qistina Balqis Abdullah hari ini.

Beliau berkata, ibu tunggal berusia 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian anaknya Jumaat lepas.

“Laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada tempurung kepala dan kesan kecederaan abdomen akibat benda tumpul pada mangsa.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa didera, jatuh atau sebaliknya, kerana jika kanak-kanak ini jatuh juga akan mengakibatkan kecederaan seperti itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Putri Nur Qistina Balqis, dari Kampung Seberang Jerteh, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam.

Pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa mendapati kesan kecederaan dan lebam di dahi, pipi serta kepala.

Bagaimanapun, Manoharan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Resepi Jus Katak Untuk Yang Mati Pucuk

frog_juice_005
Anda tentu telah biasa mendengar berbagai jenis jus, sebut saja seperti jus buah, jus sayur-sayuran atau campuran keduanya untuk menjaga kesihatan dan mengibati berbagai penyakit. Namun, bagaimana jika anda mendengar @ minum  jus katak?
Jus katak yang mungkin begitu sangat menjijikan bagi anda ini memang benar-benar ada dan dikatakan memiliki  khasiat untuk mengubati berbangai penyakit, namun bagi sebahagian orang jus ini  lebih popular kerana dapat mengubati penyakit (mati pucuk) para lelaki.
Di Peru, jus  ini kerap disebut "viagra" kerana sangat sesuai bagi para pengidap lemah syahwat. Masyarakat Peru percaya jus katak memiliki khasiat sebagai penambah stamina. Jus katak atau extracto de rana ini sangatlah laris di pasar awam Kota Lima. Kerana, selain untuk pengubatan (mati pucuk), jus ini juga dapat mengubati penyakit lain seperti, asma, bronkitis, dan tubuh lesu.
Efek afrodisiak utama jus ini mungkin berasal dari salah satu bahan yang disebut maca yakni tanaman asal Amerika Selatan yang terkenal kerana kekuatan eroticnya.
Bila anda berjalan-jalan di pasar Kota Lima, beberapa penjual jus katak akan siap melayani anda. Salah satunya adalah Carmen Gonzalez.
bagi sesiapa yang rasa nak cuba buat resepi ini boleh cuba ye...
resepi jus katak:
campurkan tiga sudu panas kaldu kacang putih, dua sudu penuh madu, dan daun lidah buaya serta tak ketinggalan beberapa sudu maca ke dalam blender. Setelah dicampur, kemudian masukkan katak ke dalam adunan tersebut. Hasilnya, minuman seperti milk shake yang menyengat tekak.
dalam sehari ada 50 pelanggan yang menghampiri gerai Carmen untuk meminum jus katak. Mereka menikmati jus itu seperti orang  bersantai minum kopi di pagi atau tengah hari .sumber
Read More..