Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
HOT!! Isteri pengacara mengaku hamil ANAK HARAM

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.
Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.
Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.
Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.
Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.
Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
p/s: Moga dijauhkanlah gua dapat isteri yang macam bini Jimmy tu... Aminnnnn...
Jumat, 28 Februari 2014
Nasib Malang Anak Comel Ditinggal Ibu Bapa
Nasib Malang Anak Comel Ditinggal Ibu Bapa - IPOH : Kata pepatah Cina, kasih ayah setinggi gunung, kasih ibu sedalam laut.
Bagaimanapun, pepatah tersebut tidak menggambarkan nasib seorang kanak-kanak comel berusia tiga tahun, Chong Mei Sem apabila dia ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk dipelihara oleh seorang peniaga sejak tiga bulan lalu.
Lebih memilukan, bapa kanak-kanak malang itu, Chong Chee Liong sanggup pula mengucapkan selamat hari lahir untuk anaknya itu melalui khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.
Dia juga sanggup meletakkan sebiji kek hari jadi untuk anaknya itu di hadapan pintu pagar rumah penjaga anaknya di sini baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai masalah yang timbul, wanita dikenali sebagai Madam Choong, 52, yang memelihara Mei Sem berkata, kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Chu Sin di rumahnya di Kampung Gunung Rapat dekat sini pada kira-kira pukul 10 malam, 9 Ogos lalu.
Katanya, Chu Sin meminta dia menjaga Mei Sem sementara dia keluar untuk mencari kerja dan berjanji memberikan upah sebanyak RM1,000 sebulan.
“Betul, memang dia beri upah RM1,000 itu dengan memasukkannya ke akaun bank saya tetapi hanya pada bulan September. Selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.
“Setiap panggilan ke telefon bimbit Chu Sin dan suaminya langsung tidak berjawab malahan saudara-mara pasangan terbabit juga tidak tahu ke mana mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional negeri, Datuk Lee Kon Yin di sini semalam.
Menurutnya, Mei Sem seorang kanak-kanak yang baik dan tidak pernah buat perangai.
“Apabila diberitahu ibu bapanya tiada, dia cuma diam dan bermain seperti biasa.
“Cuma sekarang saya tidak mampu lagi menanggungnya. Saya minta ibu atau bapanya ambil semula anaknya dan saya beri masa seminggu sebelum menyerahkan kanak-kanak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, Kon Yin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak itu supaya menghubungi beliau menerusi talian 05-253 6981 atau 012-515 1178. – Kosmo
Selasa, 31 Desember 2013
Anak anak Sekolah di Iran Dilatih Melumpuhkan Pesawat Pengintip
20 Ogos 2013
Ilustrasi (news.com.au)
Teheran - Anak-anak sekolah di Iran akan dilatih secara langsung untuk berburu dan melumpuhkan pesawat mata-mata. Adalah tentera Iran atau yang biasa disebut Garda Revolusioner yang akan melatih mereka.
Laporan ini disampaikan oleh surat khabar pro-reformasi setempat, Etemad yang mengutip pelaksana tugas Komandan Garda Revolusioner di wilayah Basij, Jenderal Ali Fazli. Demikian seperti dilansir news.com.au, Selasa (20/8/2013).
Menurut Jenderal Ali, program baru ini akan mulai diajarkan di sekolah-sekolah menengah di Iran, mulai akhir September. Program ini akan diberi nama pelajaran Persiapan Ketahanan.
Namun sayangnya, Jenderal Ali tidak menjelaskan lebih lanjut soal mata pelajaran tersebut. Informasi menyebutkan bahawa anak-anak sekolah nantinya akan dilatih untuk melacak dan melumpuhkan pesawat pengintip milik musuh.
Tentunya mereka juga akan dilatih untuk godam sistem komputer musuh.
Kelompok garis keras Iran telah sejak lama memperjuangkan peranan tentera yang lebih besar dalam sistem pendidikan di Iran. Para pelajar, baik yang junior maupun senior, ketika ini marak mengikuti latihan pertahanan awam.
Pada tahun 2011 lalu, Iran mengaku berhasil melumpuhkan pesawat pengintip tanpa awak milik Amerika Syarikat, yang disebut-sebut terbang di wilayah Iran. Mereka bahkan mempamerkan pesawat bernama RQ-170 Sentinel tersebut ke publik.
Sejak itu, Iran selalu mengaku bahawa dirinya juga berhasil melumpuhkan pesawat mata-mata AS jenis lainnya, termasuk jenis ScanEagle yang didesain oleh Boeing.

sumber:detikNews
Langganan:
Postingan (Atom)